GEMPA BUMI...!!!!
Di satu kaki lima di sebuah kota, terdengar suara seorang penjual ubat sedang mempromosikan ubat jualannya.......
PENJUAL UBAT : Mari! Mari! Adik, abang, kakak, pak cik dan mak cik! Saya ingin memberitahu anda sesuatu. Sebentar lagi bandar ini akan dilanda gempa. Sekiranya anda semua mahu selamat, cubalah ubat saya ini hanya RM 50. Nescaya anda tidak akan merasakan gempa bumi itu walau sedikit pun. Saya telah menjual ubat ini serata dunia dan setakat ini tiada yang merungut tentang kesahihannya. Cubalah!! Bandar ini akan dilanda gempa pada tepat jam 11.30 pagi nanti!!!!
Orang ramai yang lalu lalang disitu terpinga-pinga mendengarnya, Oleh sebab ada yang percaya apa yang belaku dalam dunia ini, mereka pun tanpa was2 berduyun-duyun membeli ubat anti-gempa tersebut.
Jam hampir 11.30 pagi Semakin ramai yang berkerumun untuk membeli ubat tersebut. Dalam ramai2 itu, adalah seorang lelaki berusia yang bernama Pak Leh yang tergesa-gesa membelinya kerana waktu gempa semakin hampir. Pak Leh dan mereka yang lain pun terus memakan ubat tersebut untuk mengelak daripada merasakan gempa bumi yang bakal belaku.
Jam sudah menunjukkan pukul 11.30 pagi. Satu minit berlalu.....dua minit......tiga minit....hingga minit kesepuluh, Pak Leh tadi pun berteriak kepada penjual ubat tersebut.
PAK LEH : Eh!! Dah lama ni...mana gempanya???
PENJUAL UBAT : Hah!! kan betul apa saya kata..!!! Encik tidak akan merasakan apa2 gempa pun kerana memakan ubat saya!! Itu menandakan ubat saya sangat mujarab....!!!
PAK LEH : Haaaaaaaaaahhh....!!!!!!! (tertipu)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan